Loading

Friday, April 22, 2011

Gerakan ‘1Melayu, 1Bumi' tidak baik untuk negara - Tun M

22/04/2011 3:14pm


KUALA LUMPUR 22 April - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, idea gerakan “1Melayu, 1Bumi” yang dicadang Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak baik untuk negara.

"Saya harap ia tidak berlaku.... Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik... jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara,” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di sini hari ini.

Semalam Perkasa mengumumkan gerakan “1Melayu, 1Bumi” akan menjadi sebahagian daripada ”Perhimpunan Melayu” yang akan diadakan pada 30 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar.

Dr. Mahathir turut menasihatkan rakyat untuk memikirkannya secara mendalam mengenai sistem politik perkauman dan menegaskan bahawa ia akan menjadi mala petaka kepada negara jika berlaku. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

No comments:

Post a Comment