PUTRAJAYA 5 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa program menjayakan agenda inovasi negara harus lebih praktikal demi memastikan ia dekat di hati rakyat dan mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Perdana Menteri berkata, ‘memasyarakatkan’ program itu terlebih dahulu adalah penting sebelum semua pihak membudayakannya dalam kehidupan seharian.
‘‘Kita sedar untuk menjayakan agenda inovasi negara, inovasi seharusnya ‘dimasyarakatkan’.
‘‘Pembudayaan inovasi mampu membawa Malaysia ke tahap pembangunan dan transformasi yang tinggi bagi mencapai kejayaan lebih besar pada masa hadapan,” kata beliau dalam sekapur sirih buku cenderamata sempena Karnival Inovasi Islam 2010 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini malam ini.
Perasmian karnival itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Najib, pendekatan yang digunakan melalui penganjuran karnival itu akan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada masyarakat tentang usaha kerajaan untuk menjana pembangunan ummah dan negara.
Ia, kata beliau, berteraskan pembangunan inovasi ke arah mewujudkan negara Malaysia yang maju, makmur dan bertaraf dunia serta menjadi model kejayaan kepada negara-negara Islam di persada dunia.
Kata Perdana Menteri: ‘‘Penganjuran karnival ini juga bermatlamat untuk membuktikan bahawa ajaran Islam bukan sahaja menggalakkan umatnya melakukan ibadah dalam konteks ritual semata-mata tetapi amat menggalakkan sebarang kajian, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penemuan- penemuan baru dalam pelbagai bidang yang dapat menjadikan seluruh urusan kehidupan ini better, faster and cheaper (lebih baik, lebih pantas dan lebih menjimatkan).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
Friday, August 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment